Bab 2

Didi tidak
menyedari kepulangan suaminya kerana terlelap setelah penat mengamuk dan
menangis. Namun dibiarkan sahaja tangan kasar itu melekap didahinya. Tidak
mampu ditepisnya Tadinya bukan main lagi
marahnya, bagaikan gunung berapi Karakatau. Tetapi hanya kerana sentuhan tangan
kasar lelaki yang dibenci itu sudah didahinya telah berjaya meredakan sedikit
rasa marah. Mudah sungguh Didi mengalah, hanya dengan sedikit sentuhan, dia
sudah cair. Betul kata Atirah, dia seorang isteri yang lembut, baik dan mudah
mengalah. Salah satu sebab Johan mengambil kesempatan ke atas kelemahan dirinya.