Jari Erin
terhenti lagi. Memang idea datang mencurah-curah.
Yang perlu difikirkan, adalah olahan ayat yang tepat, agar pembaca faham apa
yang hendak disampaikan. Yalah, walaupun ianya hanya imaginasi penulis, kena
juga logic. Jangan pula seperti cerita animasi walt Disney sahaja. Mahu pembaca
jueh bibir. Hendak menipupun biarlah berpada-pada. Jangan sampai tidak masuk
akal. Tetapi Erin menulis dari pengalamannya. Namun ada juga tokok tambah yang
tidak berlaku, kena juga tambah sikit asam garamnya agar cerita lebih menarik.
Bukan gitu!
Pembaca sekarang sudah semakin
cerdik. Bukan boleh main hentam kromo hendak menipu mereka hidup-hidup. Silap-silap
ada yang kena tegur berbakul-bakul. Mahu malu penulis dibuatnya!
Jari Erin mengetuk papan
kekunci komputer laju. Setakat menaip bilangan bab dan nama tajuk memanglah
laju. Tunggu bila hendak memikirkan isi cerita, pastinya lembab, kena pula
idea tidak muncul-muncul, memang double pening dibuatnya.
Mata sekejap rapat ke
skrin, kemudian di jaraknya. Yang ada hanya tajuk, tidak
berubah.
Entah yang keberapa kali
tajuk di renung, sudah naik tembus skrin komputer dibuatnya.
Karl berhenti membaca sejenak kerana
memasukkan semua barangnya ke dalam beg sandangnya. Lalu beg tersebut di
letakkannya di atas sofa. Kemudian dia masuk semula ke dalam bilik study untuk
menyambung pembacaannya. Mata mencelung semula di hadapan skrin komputer,
tekun.
“Hanya dengan hamparan selimut
kapalterbang, Lia membaringkan dirinya yang keletihan. Kepala hanya beralaskan
dengan batal kecil kapalterbang juga. Nasib baik barang-barang tersebut dapat
diselamatkan sedikit daripada dibaham api sewaktu kebakaran tersebut. Karl
berbaring di sebelah, terlapang, bagaikan bercamping di tepi laut.
Beratapkan langit, berlantaikan pasir. Cuma tidak ada ombaknya. Hanya ada pasir
sahaja.
Sudah 2 jam Erin tersengut-sengut di
sofa meneman Karl menghabiskan kerjanya di bilik study. Katanya sekejap, tetapi
dari apa yang dia lihat, banyak lagi yang belum selesai. Kejapnya apa? Write
up yang tunggang langgang, gambar yang belum diedit. Malah belum
dipilihpun lagi, banyak pilihan pulak tu. Majlis sambutan Hari Belia sedunia di
Stadium Bukit Jalil yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri. Kerana ingin bersama suami, Erin diam sahaja,
jangan banyak bunyi.
Karl berpaling apabila mendengar
Erin menguap kuat, walaupun dia sudah menutup mulutnya dengan sebelah
tangannya. Namun masih terdengar Erin menguap beberapa kali.
Erin yang duduk menonton TV, menoleh ke arah suara
Karl yang mengomel. Adalah benda yang dia tidak puas hati. Erinpun tidak
mengetahui. Yang dia tahu, pastinya masalah di pejabat. Kerana dia baru sahaja
pulang dari Info Harian, pejabatnya. Yang dia nampak Karl baru sahaja menjengok
beg sandangnya. Rasanya sudah berpuluh kali dia menjenguk beg tersebut, Erin
sudah tidak terhitung. Karl mengkelebek beg sandangnya setiap beberapa saat.
“Kenapa bang?“ tegur Erin pendek, manalah tahu dia
boleh membantu.
Karl duduk di meja sambil
mata mendongak ke siling. Bukannya ada apa-apapun di siling. Yang di pandang
sampai hendak tembus, entah apa yang difikirkan olehnya.
Pejabat sudah sunyi,
teman-teman sudah keluar mengisi perut, sudah waktu rehat, waktu makan
tengahari. Cuma Karl yang tidak berapa lapar. Dia menghabiskan nasi biryani
yang dibekalkan oleh Erin semalam. Erin membeli dua bungkus untuknya. Perut
hanya ada satu, manakan boleh di telan dua bungkus sekali. Akhirnya terpaksa di
frozen dan di panaskan semula ke dalam rice cooker. Ulang tayang, bukan tak
biasa, sudah selalu. Ulang tayangpun ulang tayang la.. Nasi tetap terasa nasi,
belum lagi bertukar menjadi rasa bee-hoon atau kuewteow.
Nak SHARE berita gembira ini dengan pembaca-pembaca yang setia singgah di blog saya yang tak menarik ini.
Hari ini saya menerima berita yang coretan "Indahnya Takdirmu" sudah mendapat tempat oleh sebuah syarikat publication dengan syarat saya perlu polish, especially kukuhkan menyampaian emosi dan buang coretan yang meleret-leret.
Saya berfikir, bolehkah saya ni? One BIG QUESTION MARK?
Hati meronta-ronta kata KAU BOLEH!!
Fikiran pula kata, KALAU KAU KATA KAU BOLEH, KAU CUBA!! JANGAN PAKSA DIRI!!
Saya sudah memberi jawapan yang saya terima permintaan syarikat publication itu mengedit mana yang saya termampu.
Ater!! Nampaknya saya terpaksa tumpukan kepada coretan itu buat sementara waktu.
Kepada yang mengikuti coretan itu mungkin boleh membantu saya dengan memberi komen yang membina.
Kepada sesiapa yang membaca coretan ini, SAYA MOHON BANTUAN ... PLEASE HELP ME!!!
Karl berdiri di depan pintu,
mata menala ke arah keretanya. Pagi tadi, bukan main lagi dia bersemangat
hendak mencuci keretanya sendiri, tetapi disebabkan masa yang ada sudah
digunakan..ehemm… you know whatSherlock Holmes mission is, baik sahaja
dihantar cuci di tempat mencuci kereta sahaja.
“Abang
nak pergi car wash jap..” kata
Karl, dia ingin menghantar keretanya ke tempat mencuci kereta.
Karl masih berada di hadapan
komputer isterinya. Duit syiling yang dilambungnya menunjukkanBunga, tanda untuk dia boleh meneruskan
pembacaannya satu chapter lagi.
Ishy sampai begitu sekali,
Karl sampai sanggup main lambung duit syiling, sanggup memperjudikan nasibnya.
Betulkah penunjuk bunga itu memberitahu yang dia masih selamat dan boleh
meneruskan aktiviti mencuri baca itu diteruskan?
“Hari ni
sayang nak pergi mana-mana tak? Kalau tak pergi mana-mana, kita balik PD nak?”
tanya Karl kepada Erin yang sedang berdiri membakar roti sebagai sarapan.
Erin
menoleh ke arah Karl. Apa mimpinya malam tadi, minggu lepas baru sahaja balik
ke sana. Minggu ni hendak ke sana lagi? Erin kerut muka.
“Minggu
lepas kan kita dah balik PD? Lagi pun…Rin tak boleh pegi mana-mana hari ini,
mama abang nak datang, kejap lagi sampailah dia” ujar Erin
Tanda announcement akan dibuat oleh
seseorang. Seperti adegan filem P Ramlee sahaja. Slot cerita bujang lapuk. Dia
mengambil idea dari cerita P Ramlee agaknya. Karl angkat keningnya laju.
Pembacaan di teruskan lagi.
Semua mata tertumpu kepada suara
ketukan botol, termasuk Lia dan Ash. Namun masih terdengar suara-suara sumbang.
Bagaimana hendak mendengar announcement dengan jelas, jika masih ada orang yang
masih menyebok hendak bersuara. Masing-masing ingin menunjuk pandai!
“Listen
...listen here listen.. please … I’m your captain I would like to make an
announcement, a very important announcement, listen carefully”
penat juruterbang bersuara, namun masih terdengarrioh suara manusia yang tidak pernah tahu
diam.
Karl
menjinjing lauk yang dibelinya di Selerabonda sebentar tadi. Dilihatnya Erin
sudah menunggu di depan pintu. Tersenyum Karl melihat Erin yang muncul dengan
wajah ceria. Dihulur bungkusan lauk. lalu Erin terus menyimpannya ke dapur. Kelentang
kelentung, Erin mengeluarkan bekas untuk mengalihkan makanan yang dibeli Karl
ke dalam bekas kecil. Punat periuk nasi ditekan agar nasi sentiasa panas. Erin
berjalan ke peti sejuk untuk mengambil air sirap yang telah disediakannya
awal-awal., agar terasa sejuk.
Kedua-dua belah
tangannya di gesek. Cuaca tidak sejukpun, tetapi Karl merasa sejuk. Mana tidak
sejuknya, kerana dia tahu akalnya sudah meminta dia membuat sesuatu yang salah!
Menceroboh!!
Ahhh… pergi kau,
cuba di tepis rasa bersalahnya.
Karl terus
membaca beberapa barisan dengan laju. Pencuri memang begitulah rasanya,
sentiasa berada di dalam resah.
Saya publish coretan ini pula..cuba baca dan perasan tak? Does it ring any bells? Pendek aje coretan ini, boleh category novelet lah kut! Atau mungkin juga mini novel...
BAB
1
.
“Assalamulaikuuuum…”panjang
pula salam yang diberi, terutama di penghujung“kum”, sebaik sebaik sahaja Karl menolak daun pintu yang baru dibukanya.
Entah berapa harkat!!
Dia membongkok,
mengambil kasut yang sudah dibuka dan dijinjingnya, lalu terus diletakkan di
rak kasut yang berada di sisi pintu masuk. Kemudian tangan pantas menanggalkan
stokin satu persatu di kedua-dua belah kakinya sambil berjalan
terjingkit-jingkit. Mana tidaknya, dia menariknya keluar sambil berjalan.
Cubalah bertenang abang Mikhail oi!! Cuma berhenti untuk membuka stoking tu!
Stokin yang sudah di tangan dicampakkan ke arah kasut. Tersangkut cantik sahaja
Kepada pembaca yang mengikuti, harap maklumkan jika sudah membacanya kerana saya akan delete 15 chapter terakhir dua tiga hari lagi.
Bab 46
Aku keluarkan beberapa beg pakaian yang memang banyak
aku miliki. Asyik membeli beg pakaian setiap kali aku keluar negeri. Sama ada
urusan hospital atau urusan peribadi. Semua saiz aku ada. Setiap hari aku
mengeluarkan satu persatu beg-beg yang ada. Aku susun kemas-kemas pakaian yang
aku guna selalu. Bila selesai aku letak di ceruk bilik tetamu.
Dua minggu berlalu bagai angin lalu. Tidak banyak
tempat yang kami dilawati. Lebih banyak waktu hanya lepak di rumah Daniel
dengan melayan si kecil, Aliff. Itu sudah memadai.
Family bonding time lebih baik bila sudah tua-tua ni. Bersama Daniel sekeluarga
Lama kami lena, hanya terjaga apabila lampu dipasang
semula dan kedengaran pengumuman yang kapalterbang akan mendarat setengah jam
lagi. Kaptain kapal siap memberitahu waktu tempatan yang menolak 4 jam dari
waktu tanahair. Suhu di Dubai dikatakan sejuk dan Kaptain mengucapkan selamat
jalan dan semoga berjumpa lagi.
Pelayan muncul
dengan tuala panas untuk penumpang mencuci muka. Aku ambil sekali
LAGU NANCY AJRAM YANG POPULAR PADA TAHUN 2006 TAK SILAP!!