ALHAMDULILLAH.. satu lagi menuskrip akan dibukukan. JODOH YANG TERTANGGUH telah dipilih untuk dibukukan. SYUKUR..
Nampaknya saya akan menunggu dengan debar dua coretan saya menjadi buku. Tidak lagi terperap di alam maya...
Friday, 19 December 2014
Saturday, 13 December 2014
Aku Bukan Perempuan Itu - bab 29
Kita habiskan perlahan-lahan ye?
Bab 29

“Hissyyy,
sudah betul nak hubungi mangkuk ni?, Betulke nombor yang diberi? Entah-entah
nombor tipu, melaun betul? Eh! Betulah tu nombornya, sebab malam tadi nombor tu
yang naik?“rungut Anne.
Perasaan
kecewa, marah dan geram bercampur-campur. Rasa tertipupun ada..
Anne
mengeluh kecewa setiap kali mendengar suara rakaman si perempuan itu.
Anne
mengharap suara lelaki yang dia dengar, tetapi asyik-asyik suara perempuan
robot itu!
Heroin kepunyaan Rose Ezadora

Erin yang lincah tetapi mengalami peristiwa yang hampir meragut nyawanya.

Murni dan Mila yang berhijrah jauh kerana lari dari hakikat sebenar. Hakikat yang ayah si anak sedang mengintai dari jauh.

Didi, yang dikatakan si perempuan berkelambu oleh ibu mertua. Lepas satu ke satu cubaan dan godaan yang dialami di dalam kehidupan rumahtangganya. Kasihan kau, Nur Nadirah!

Siapa yang Hanna pilih sebagai pasangan hidupnya. Lelaki tempatan atau lelaki yang di import dari seberang? Kena tanya Hanna tu!!

Hani Asmara, bekas jururawat yang periang. Ingatkan dia sudah menemui kebahagian yang di disangkanya telah ditemui. Rupanya tidak! Musibah yang menunggu..
Saturday, 6 December 2014
Aku Bukan Perempuan Itu - Bab 28
Bab 28

Anne hanya
senyum.. apalah emak aku ni, ingatkan hendak menyambut anak yang sudah setengah
tahun tidak bertemu dengan pelukan..ini tidak?
Hisy..
mummy oh mummy
Ini baru
betul mummy monster!
Anne
tersengeh, mengutuk si ibu di dalam hati. Maafkan Anne mum.
Bukankah
sepatutnya dia gembira apabila anak daranya sudah berada di depan mata? Tapi
sebaliknya membebel tidak tentu pasal.
Tuesday, 2 December 2014
Aku Bukan Perempuan Itu -Bab 27
Bab 27

Thursday, 27 November 2014
Aku Bukan Perempuan Itu - Bab 26
Bab 26

Rissa
dengan riangnya sudah siap sedia duduk, di dalam bentuk perahu Noah Ark, perahu
bergoyang mengikut irama yang berdendang. Rissa yang baru pandai duduk,
memegang rail besi, apa lagi, tertipu, konon sedang berada di samundra yang
luas bersama-sama binatang yang dilukis di badan perahu.
Teranguk-angguk
sahaja dia mengikut goyangan perahu.
Didi
menepuk tangan agar Rissa memandang ke arahnya. Johan pula meletakkan tangannya
di belakang Rissa, manalah tahu Rissa terlepas pegangan besi.
Khayal
punya pasal! Bukan boleh percaya budak comel itu!
Wednesday, 26 November 2014
Hero kepunyaan Rose Ezadora
HERO-HERO KEPUNYAAN ROSE EZADORA!!
Zamri yang penyabar (Inikah Kesudahannya)

Dr. Johan Irfan yang romantik giler (Aku Bukan Perempuan Itu)
Adi Irwan Kesuma, lelaki Indonesia yang menjadi pilihan Hanna (Bila Kau Ada)

Aqram, lelaki melayu yang seiras lelaki Cape Malay (Mengharap Di Tanjung Harapan)

Mikhail Hamzah, lelaki kacukan mat saleh/melayu/mynmar yang jatuh cinta semasa menjadi mangsa keadaan (Indahnya Takdirmu)
Fahmi aka si rambut kerinting, lelaki yang baik hati (Jodoh Yang Tertangguh)

Rafiq, lelaki yang setia menunggu walaupun berpuluh tahun (Jodoh Yang Tertangguh)
Zamri yang penyabar (Inikah Kesudahannya)

Dr. Johan Irfan yang romantik giler (Aku Bukan Perempuan Itu)

Adi Irwan Kesuma, lelaki Indonesia yang menjadi pilihan Hanna (Bila Kau Ada)

Aqram, lelaki melayu yang seiras lelaki Cape Malay (Mengharap Di Tanjung Harapan)

Mikhail Hamzah, lelaki kacukan mat saleh/melayu/mynmar yang jatuh cinta semasa menjadi mangsa keadaan (Indahnya Takdirmu)

Fahmi aka si rambut kerinting, lelaki yang baik hati (Jodoh Yang Tertangguh)

Rafiq, lelaki yang setia menunggu walaupun berpuluh tahun (Jodoh Yang Tertangguh)
Sunday, 16 November 2014
Aku Bukan Perempuan Itu - Bab 25
Bab 25
“Noni..
Johan ada?” tanya Didi, apa sudah beberapa jam Johan keluar, tentunya sudah
sampai ke kliniknya.

“Eh.. puan, Doktor Joe kan cuti hari
ni?” jawab Noni.
“Ya, saya tahu, dia cuti kecemasan, tapi
dia dah keluar nak singgah klinik kejap katanya tadi!” jelas Didi lagi.
“Ohh..kalau
macam tu, dia belum sampai lagilah nampaknya..” jawab Noni, mengharap bossnya,
doctor kacak itu akan menjenguk.
“Tak apalah Noni, kalau dia sampai
tolong minta dia call saya, ya?”
“Yalah puan..tapi puan, kejap lagi
klinik dah nak tutup!” jawab Noni, berhemah.
Friday, 14 November 2014
Aku Bukan Perempuan Itu - Bab 24
Bab 24

Persoalan
yang membuak-buak di dalam kepala otak Johan, inginkan jawapan. Sudah tidak
dapat ditahan-tahan lagi, bagaikan cultured yeast yang sedang mengembang!!
Nasib baik Megat
Amir meninggalkan mereka berdua, inilah peluang untuk Johan bertanya..
“I tahu,
you mesti hendak tahu hal tu..pasal Danny kan?“kata Eli yang sudah duduk
bersandar di kepala katil.
Thursday, 13 November 2014
Aku bukan Perempuan Itu - Bab 23
Bab 23

Kemudian di
tariknya kerusi, lalu duduk. Mata mencerlung ke wajah seorang perempuan yang
sedang lena. Wajahnya sudah
bertampal dengan gauze, termasuk batang hidung. Dah rupa clown circus. Johan
senyum bila mengkiaskan si pesakit dengan badut.
Kaki
tergantung sebelah. Kaki di sebelah kasut yang patah agaknya, sebab kaki yang
itu cedera parah. Cedera sahaja, belum patah!
“Macamamnalah
boleh jadi macam tu sekali, wahai Cik Eliya Suraya Megat Mansur oi..! Bolehkan kau tak nampak, kereta punyalah besar!
Tuesday, 11 November 2014
Aku Bukan Perempuan Itu - Bab 22
Bab 22

Terbongkok-bongkok orang tua itu membuka selak
pintu pagar kecil.
“Tak apa pa, Di tak mahu susahkan papa,
dahlah pagi papa yang hantar, balik pun nak kena jemput pulak ke?…melampau tu!”
kata Didi.
Sengeh!
Jangan ambil kesempatan bila orang sudah
baik, terutama mertua. Nanti lain pula jadinya..
Lagipun, bapa mertuanya bukan membuat perkhidmatan
kenderaan, teksi sapu!.
Sunday, 9 November 2014
30 Jam Yang Indah Bersamamu - Final
Bab 19

“Ahh.. tak payah buat
ending tragedilah .. cukup dengan happy ending, sebab pembaca mengharapkan
happy ending“. getus Erin.
“Baik aje Rin baiki, ending
tu supaya lebih seronok lagi...“ Erin berbicara sendirian.
30 Jam - Bab 18
Bab 18

“Karl, jangan lupa ingatkan
Rin makan ubat dan jamu yang mama bekalkan.. jangan pengelat!“ rasanya, dalam 2
minggu sudah hampir sekotak di telan Erin.
Check, Karl sudah register
di dalam kepalanya.. hemm.. ubat, jamu.
Okey mum.
30 jam - Bab 17
BAB 17

Arahan keras, gaya seorang
queen control.
Ye ke?
Ingatkan mama Mysha seorang
gadis melayu terakhir, lemah lembut.. boleh buat papa Hamzah cair. Rupanya
tekaan Erin meleset, tegas juga rupanya dia!
Tuesday, 4 November 2014
30 jam - Bab 16
Bab 16

Tergesa-gesa
sahaja suara mama buat Karl terpaku, terkejut dengan berita yang baru dia terima,
sudah kaku menjadi batu.
Karl
ternganga dan hampir terlepas telefon yang baru dijawabnya apabila mendengar
suara mama Mysha meminta dirinya ke hospital KPJ Shah Alam dengan segera.
Berita yang
di sampaikan, isterinya warded, tetapi kenapa?
30 Jam - Bab 15
BAB 15
Tapak
tangan di dahi, muka berkerut-kerut. Entah apa yang difikirkan oleh Erin.
Memikirkan ayat-ayat untuk sambungan ceritanya agaknya.

Sudah lama
dia memikirkan hendak menamatkan sahaja coretannya, tetapi ending yang
bagaimana? Happy ending atau tragedy? Pembaca
selalu mahukan happy ending, seperti fairy tale. Tetapi hampir semua
novel-novel yang disogokkan di pasaran mempunyai kesudahan yang begitu, happy.
Sedangkan hidup ini tidak seperti yang ditulis di dalam novel.
Thursday, 30 October 2014
30 jam - bab 14
Bab 14

Pembaca sekarang sudah semakin
cerdik. Bukan boleh main hentam kromo hendak menipu mereka hidup-hidup. Silap-silap
ada yang kena tegur berbakul-bakul. Mahu malu penulis dibuatnya!
Wednesday, 29 October 2014
30 jam - bab13
Bab 13

Mata sekejap rapat ke
skrin, kemudian di jaraknya. Yang ada hanya tajuk, tidak
berubah.
Entah yang keberapa kali
tajuk di renung, sudah naik tembus skrin komputer dibuatnya.
“Nak cerita apa lagi huh!” Erin berbicara sendiri.
Sunday, 26 October 2014
30 Jam - Bab 12
Bab 12

“Hanya dengan hamparan selimut
kapalterbang, Lia membaringkan dirinya yang keletihan. Kepala hanya beralaskan
dengan batal kecil kapalterbang juga. Nasib baik barang-barang tersebut dapat
diselamatkan sedikit daripada dibaham api sewaktu kebakaran tersebut. Karl
berbaring di sebelah, terlapang, bagaikan bercamping di tepi laut.
Beratapkan langit, berlantaikan pasir. Cuma tidak ada ombaknya. Hanya ada pasir
sahaja.
30 Jam - Bab 11
Bab 11

Karl berpaling apabila mendengar
Erin menguap kuat, walaupun dia sudah menutup mulutnya dengan sebelah
tangannya. Namun masih terdengar Erin menguap beberapa kali.
30 Jam - Bab 10
BAB 10

“Kenapa bang?“ tegur Erin pendek, manalah tahu dia
boleh membantu.
Tuesday, 21 October 2014
30 jam - Bab 9
Bab 9

Pejabat sudah sunyi,
teman-teman sudah keluar mengisi perut, sudah waktu rehat, waktu makan
tengahari. Cuma Karl yang tidak berapa lapar. Dia menghabiskan nasi biryani
yang dibekalkan oleh Erin semalam. Erin membeli dua bungkus untuknya. Perut
hanya ada satu, manakan boleh di telan dua bungkus sekali. Akhirnya terpaksa di
frozen dan di panaskan semula ke dalam rice cooker. Ulang tayang, bukan tak
biasa, sudah selalu. Ulang tayangpun ulang tayang la.. Nasi tetap terasa nasi,
belum lagi bertukar menjadi rasa bee-hoon atau kuewteow.
Saturday, 18 October 2014
PLEASE HELP ME!!
Nak SHARE berita gembira ini dengan pembaca-pembaca yang setia singgah di blog saya yang tak menarik ini.
Hari ini saya menerima berita yang coretan "Indahnya Takdirmu" sudah mendapat tempat oleh sebuah syarikat publication dengan syarat saya perlu polish, especially kukuhkan menyampaian emosi dan buang coretan yang meleret-leret.
Saya berfikir, bolehkah saya ni? One BIG QUESTION MARK?
Hati meronta-ronta kata KAU BOLEH!!
Fikiran pula kata, KALAU KAU KATA KAU BOLEH, KAU CUBA!! JANGAN PAKSA DIRI!!
Saya sudah memberi jawapan yang saya terima permintaan syarikat publication itu mengedit mana yang saya termampu.
Ater!! Nampaknya saya terpaksa tumpukan kepada coretan itu buat sementara waktu.
Kepada yang mengikuti coretan itu mungkin boleh membantu saya dengan memberi komen yang membina.
Kepada sesiapa yang membaca coretan ini, SAYA MOHON BANTUAN ... PLEASE HELP ME!!!
Hari ini saya menerima berita yang coretan "Indahnya Takdirmu" sudah mendapat tempat oleh sebuah syarikat publication dengan syarat saya perlu polish, especially kukuhkan menyampaian emosi dan buang coretan yang meleret-leret.
Saya berfikir, bolehkah saya ni? One BIG QUESTION MARK?
Hati meronta-ronta kata KAU BOLEH!!
Fikiran pula kata, KALAU KAU KATA KAU BOLEH, KAU CUBA!! JANGAN PAKSA DIRI!!
Saya sudah memberi jawapan yang saya terima permintaan syarikat publication itu mengedit mana yang saya termampu.
Ater!! Nampaknya saya terpaksa tumpukan kepada coretan itu buat sementara waktu.
Kepada yang mengikuti coretan itu mungkin boleh membantu saya dengan memberi komen yang membina.
Friday, 17 October 2014
30 jam - bab 8
BAB 8

“Abang
nak pergi car wash jap..” kata
Karl, dia ingin menghantar keretanya ke tempat mencuci kereta.
“Kereta siapa?“ laung Erin
dari dalam rumah.
30 jam - Bab 7
BAB 7

Ishy sampai begitu sekali,
Karl sampai sanggup main lambung duit syiling, sanggup memperjudikan nasibnya.
Betulkah penunjuk bunga itu memberitahu yang dia masih selamat dan boleh
meneruskan aktiviti mencuri baca itu diteruskan?
Thursday, 16 October 2014
30 Jam Yang Indah Bersamamu - bab 6
BAB 6

Erin
menoleh ke arah Karl. Apa mimpinya malam tadi, minggu lepas baru sahaja balik
ke sana. Minggu ni hendak ke sana lagi? Erin kerut muka.
“Minggu
lepas kan kita dah balik PD? Lagi pun…Rin tak boleh pegi mana-mana hari ini,
mama abang nak datang, kejap lagi sampailah dia” ujar Erin
30 Jam - Bab 5
Bab 5
“Tuk..tuk..tukk..“terdengar botol
diketuk.

Semua mata tertumpu kepada suara
ketukan botol, termasuk Lia dan Ash. Namun masih terdengar suara-suara sumbang.
Bagaimana hendak mendengar announcement dengan jelas, jika masih ada orang yang
masih menyebok hendak bersuara. Masing-masing ingin menunjuk pandai!
“Listen
...listen here listen.. please … I’m your captain I would like to make an
announcement, a very important announcement, listen carefully”
penat juruterbang bersuara, namun masih terdengar rioh suara manusia yang tidak pernah tahu
diam.
30 Jam Yang Indah Bersamamu - Bab 4
BAB 4

30 jam - Bab 3
BAB 3
Bergegas
Karl bangun apabila tersedar dari tidur. Di luar matahari sudah bersinar dengan
terangnya. Segera dicapai telefon untuk melihat waktu.
Cepat-cepat
dia meletakkan semula telefon dan mengerakkan Erin.
“Erin,
bangun sayang.. subuh dah nak habis ni..” Karl menggoyang-goyangkan badan Erin.
Erin hanya
bergerak sambil mengeliat. Entah kenapa tubuhnya sengal-sengal sejak
akhir-akhir ini. Hendak dikatakan dia bekerja kuat, tidak pulak.
30 jam - Bab 2
BAB 2
Mata Karl bulat,
tersorot dekat ke skrin komputer.
Dilihatnya,
tajuk “Pengenalan”. Introduction lah
tuh!
Kedua-dua belah
tangannya di gesek. Cuaca tidak sejukpun, tetapi Karl merasa sejuk. Mana tidak
sejuknya, kerana dia tahu akalnya sudah meminta dia membuat sesuatu yang salah!
Menceroboh!!
Ahhh… pergi kau,
cuba di tepis rasa bersalahnya.
Karl terus
membaca beberapa barisan dengan laju. Pencuri memang begitulah rasanya,
sentiasa berada di dalam resah.
Wednesday, 15 October 2014
30 Jam Yang Indah Bersamamu - Bab 1
Saya publish coretan ini pula..cuba baca dan perasan tak? Does it ring any bells? Pendek aje coretan ini, boleh category novelet lah kut! Atau mungkin juga mini novel...
BAB
1

“Assalamulaikuuuum…”panjang
pula salam yang diberi, terutama di penghujung
“kum”, sebaik sebaik sahaja Karl menolak daun pintu yang baru dibukanya.
Entah berapa harkat!!
Dia membongkok,
mengambil kasut yang sudah dibuka dan dijinjingnya, lalu terus diletakkan di
rak kasut yang berada di sisi pintu masuk. Kemudian tangan pantas menanggalkan
stokin satu persatu di kedua-dua belah kakinya sambil berjalan
terjingkit-jingkit. Mana tidaknya, dia menariknya keluar sambil berjalan.
Cubalah bertenang abang Mikhail oi!! Cuma berhenti untuk membuka stoking tu!
Stokin yang sudah di tangan dicampakkan ke arah kasut. Tersangkut cantik sahaja
Tuesday, 14 October 2014
Jodoh Yang Tertangguh - Final
Kepada pembaca yang mengikuti, harap maklumkan jika sudah membacanya kerana saya akan delete 15 chapter terakhir dua tiga hari lagi.
Bab 46
Aku keluarkan beberapa beg pakaian yang memang banyak
aku miliki. Asyik membeli beg pakaian setiap kali aku keluar negeri. Sama ada
urusan hospital atau urusan peribadi. Semua saiz aku ada. Setiap hari aku
mengeluarkan satu persatu beg-beg yang ada. Aku susun kemas-kemas pakaian yang
aku guna selalu. Bila selesai aku letak di ceruk bilik tetamu.
Jodoh Yang Tertangguh - Bab 45
Bab 45
Dua minggu berlalu bagai angin lalu. Tidak banyak
tempat yang kami dilawati. Lebih banyak waktu hanya lepak di rumah Daniel
dengan melayan si kecil, Aliff. Itu sudah memadai.
Family bonding time lebih baik bila sudah tua-tua ni. Bersama Daniel sekeluarga
Suka dengan budak Canadian ini...
Subscribe to:
Posts (Atom)